JDT FC
JDT FC Future Classroom JPN Johor
Program Rintis • Fasa 1 (2026)

Membina Generasi Fasih Digital,
Model Bilik Darjah Masa Hadapan

Inisiatif Jabatan Pendidikan Negeri Johor untuk mewujudkan ekosistem bilik darjah mampan yang menggabungkan aspek fizikal, digital, dan pedagogi berasaskan data pembelajaran real-time.

Tonton Dokumentasi Projek

PAPARAN DOKUMENTASI RASMI

Siri Penilaian & Pengoperasian Smart Future AI Classroom

Latar Belakang

Transformasi Paradigma Pengajaran & Pembelajaran (PdP)

Integrasi teknologi digital bukan lagi sekadar pilihan tambahan, tetapi keperluan kritikal untuk melahirkan generasi murid yang berdaya saing, kreatif, dan fleksibel sejajar dengan kemahiran Abad ke-21.

Program rintis ini direka untuk menyediakan pengalaman pembelajaran yang diperibadikan (personalised) berpusatkan murid, selaras dengan pendekatan Konstruktivisme dan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL) menggunakan integrasi buku teks digital sepenuhnya bagi menggantikan buku teks fizikal.

JDT

Impak Buku Teks Digital

  • Meringankan beban fizikal & logistik beg berat murid.
  • Akses lancar kepada sumber interaktif & elemen multimedia.
  • Laluan pembelajaran fleksibel berpandukan Pentaksiran Psikometrik (IKP).
  • Memperkasakan kemahiran literasi digital bertaraf PAK21.
Paksi Strategik

Objektif Utama JDT:FC

Model Bilik Darjah Berpadu

Mewujudkan model bilik darjah masa hadapan yang mengintegrasikan pendekatan pedagogi berpusatkan murid dengan sokongan ekosistem digital secara bersepadu bagi sekolah rendah.

Kemenjadian Murid & Guru

Memperkasa amalan pedagogi digital serta membina kompetensi pentadbir, guru dan kakitangan teknikal melalui latihan berstruktur berskala (ToT).

Optimalisasi DELIMa & Data

Meningkatkan kadar penggunaan Platform Pembelajaran Digital KPM (DELIMa) serta mengukur impak kerjasama strategik luar demi kelestarian jangka panjang.

Kerangka Konseptual

Empat Domain Utama Future Classroom

Pedagogi

Pendekatan PdP berpusatkan murid (konstruktivisme & PBL), aktiviti kolaboratif awan, serta penilaian formatif dipacu data (analitik pembelajaran).

Teknologi

Sistem LMS/ILMS mesra KSSR, papan interaktif skrin sentuh, peranti Chromebook murid (15-30 unit), audio clip-on guru, dan rangkaian Wi-Fi stabil.

Infrastruktur & Fizikal

Susun atur bilik darjah modular yang fleksibel untuk tugasan berkumpulan, kabinet penyimpanan smart-lock, dan stesen pengecasan peranti selamat.

Pengurusan & Komuniti

Tatakelola Jawatankuasa Pengurusan Sekolah (melibatkan PIBG, JPN/PPD, rakan korporat), pelan latihan berkala ToT, dan mekanisma sokongan IT helpdesk.

Keperluan Standard

Komponen Teknologi Per Kelas

Peralatan Asas
  • • Papan Interaktif Smartboard / Smart TV
  • • Komputer Guru & Mikrofon Clip-on
  • • Laptop/Tablet Chromebook Murid
  • • Kamera Rakaman (Flipped Learning)
  • • Penghala Wi-Fi & Kabinet Pengecasan
Perisian & Perkhidmatan
  • • Platform DELIMa KPM Integrasi Optimum
  • • Langganan LMS (Analitik Ringkas)
  • • Aplikasi Pembelajaran Interaktif
  • • Perisian Pengurusan Inventori Peranti
  • • Penyelenggaraan Berkala Standard SLA
Keselamatan Siber
  • • Firewall Khusus Rangkaian Kelas
  • • Sistem Penapisan Kandungan KPM
  • • Polisi Penggunaan Peranti Safe
  • • Pemantauan Etika Penggunaan Siber
Garis Masa Penting

Fasa Pelaksanaan Projek Rintis

Fasa Pelaksanaan Tempoh Aktiviti Utama
Fasa Persediaan Ogos - November 2025 Verifikasi sekolah showcase TMK; Lawatan tapak ke sekolah Program Rintis JDT:FC Fasa 1.
Pelaksanaan Fasa 1 Januari - Jun 2026 Lawatan penilaian/penentusahan rintis; Pelaksanaan PdP dalam bilik darjah rintis; Pemantauan terancang berkala.
Penilaian Pertengahan Julai 2026 Analisis data formatif maklum balas; Soal selidik komprehensif guru dan murid (PBD).
Pelaksanaan Fasa 2 Ogos - Disember 2026 Penambahbaikan fungsi berdasarkan dapatan rintis; Pembentangan laporan akhir komprehensif.
Rangkaian Transformasi

6 Institusi Rintis Fasa Pertama

Satu (1) sekolah rendah Showcase TMK bagi setiap daerah pilihan di Johor.